October 29, 2011

Jadilah Pendengar yang HEBAT!

Jadilah Pendengar yang hebat!

Perjalanan sehari-hari di atas muka bumi ciptaan Allah ini kita namakan ‘KEHIDUPAN’.  Ya, bila kita nyatakan ke’hidup’an bermakna sesuatu benda yang akan sentiasa bergerak dan bergerak. Jika kita hanya duduk sahaja atas kerusi atau hanya menongkat tangan pada meja atau tiba-tiba berhenti ketika berjalan tanpa membuat apa-apa perbuatan lain, tetap dinamakan ke’hidup’an, kerana jantung kita sentiasa berdegup dan masa tidak akan berhenti sesaat cuma walau kita berdiam diri..Ini penafsiran kefahaman saya, tidak ada dalam kamus dewan atau mana-mana akhbar atau majalah..

Terasa singkat sahaja masa berlalu, baru semalam kaki ini melangkah ke negeri Kedah jelapang padi yang indah permai dengan tarikan kehijauan sawah padinya yang menggamit ketenangan jiwa.jiwang pulak.. Sekarang , dah nak exam final semester ketiga saya berada di sini..cepat masa berlalu, namun jutaan peristiwa dan kenangan ada pada iringan masa itu…ya, itulah hakikat kehidupan..Permulaannya terasa panjang dan lelah.. Apabila mula melangkah terasa terlalu cepat…

Penat fokus pada murajaah dan munaqasyah di hari-hari terakhir sebelum peperiksaan bermula, terasa ingin mencoretkan sesuatu, saya pun tidak pasti ingin menulis tentang apa..

Ada satu artikel yang menarik untuk dikongsi pada bawah ini, hakikatnya semua ilmu dan pengetahuan itu miliknya adalah Allah subhanahu wa taala..bukan ilmu tentang fardhu ain , tapi ilmu tentang kehidupan..moga ada manfaat yang boleh diambil bersama..perkongsian in dipetik dari majalah solusi, keluaran yang ke 26.

Artikel ini mengajar kita bagaimana menjadi seorang yang memahami...Salah satu kemahiran penting untuk mencipta persefahaman ialah kemahiran mendengar..

1.       BERHENTI BERCAKAP
Mulut dan telinga tidak boleh bekerja serentak. Pilih sama ada kita ingin mendengar atau bercakap. Setiap kali kita merasa hendak bercakap, tutup mulut rapat-rapat den lemparkan senyuman kepada orang yang sedang bercakap dengan kita. Tangguhkan, dan sampaikan kemudian nanti.

2.       SELESA DAN BEBAS BERKATA-KATA
Buatkan orang yang bercakap itu berasa selesa dan bebas untuk berkata-kata. Elakkan perkataaan yang mengancam. Ini akan menyebabkannya berasa takut dan gusar. Elakkan gerak badan yang menunjukkan kita bosan. Ini menyebabkan dia berasa tidak dihargai.

3.       TUNJUKKAN MINAT
Tunjukkan minat kita untuk mendengar. Pandang ke arahnyadan tonjolkan keprihatinan anda. Jangan sesekali mendengar sambil membaca surat khabar atau menaip SMS. Ia sungguh memeritkan hati orang yag bercakap. Berhadapan dengannya secara tenang dan sepenuhnya. Tunjukkan bahawa kita  memang benar-benar memberikan seratus-peratus perhatian kepadanya.

4.       ELAKKAN SEMUA UNSUR GANGGUAN
Jangan asyik menggoyang-goyangkan kunci, memusing-musingkan kunci kereta, mengetuk-ngetuk meja, atau menekan-nekan telefon bimbit kesayangan kita. Tunjukkan bahawa kita berusaha untuk mengelakkan sebarang gangguan dalam interaksi yang sedang berlaku itu.

5.       MENDENGARLAH SECARA EMPATI
Bayangkan kita berada di tempat orang yang bercakap. Fahami situasi dan keadaannya. Kenal pasti apakah emosi orang itu. Adakah dia sedang teruja? Gembira? Sedih? Keliru? Kecewa? Tidak Pasti? Fokuskan kepada bahasa badan yang ditampilkan dan juga mimik muka yang diserlahkan. Cubalah meneroka jauh ke dalam dirinya. Semakin dalam perasaan yang kita terokai, semakin empati kita terhadapnya.

6.       BERSABAR
Jangan terlalu ghairah untuk bercakap sehingga memotong percakapan orang lain. Berikan masa kepadanya untuk bercakap. Masa untuk kita pasti ada selepas itu. Jika ada sesuatu yang tersangat penting dan segera, mintalah kebenarannya terlebih dahulu. Namun, apa yang penting, belajar untuk menahan ‘nafsu bercakap’ apabila mendengar orang lain bercakap.

7.       KAWAL EMOSI DAN MARAH ANDA
Jika kita marah, jangan banyak bercakap. Sebaliknya cuba bertanya soalan dan senyum. Rasa marah hanya menjatuhkan maruah dan kredibiliti kita. Banyakkan istighfar dan mengingati Allah jika terasa marah dan tidak selesa. Ingatlah Allah paling hebat dan berkuasa. Segala kemuliaan adalah milik-Nya.

8.       ELAKKAN PERBAHASAN DAN KRITIKAN YANG TIDAK PERLU
Elakkan perbahasan dan kritikan yang tidak perlu. Ini hanya akan menyebabkan orang yang bercakap mula menjadi defensif dan mempertahankan diri. Ingat, kalau kita menang dalam perbahasan itu- anda sebenarnya telah kalah.

9.       TANYA SOALAN DAN RENTETAN MAKLUMAT
Ini mendorong keinginan untuk meluahkan lagi maklumat yang dia tahu. Apa yang lebih penting, dia akan rasa benar-benar diberi tumpuan. Dengan kemahiran bertanyakan soalan, kita boleh membuatkan orang yang bercakap berasa sungguh gembira dan mengagumi kita.

10.   MIMIK MUKA DAN ESPRESI
Belajarlah bagaimana untuk mengawal mimik muka dan espresi kita dalam keadaan yang berbeza. Kita boleh memandang cermin dan melakonkan perasaan kita.

11.   INGAT
Cubalah ingat apa yang diluahkannya. Walaupun ada kalanya, apa yang diluahkan oleh orang lain bukanlah satu yang penting untuk di ingati, namun jika anda mampu mengingati beberapa perkara tertentu, pasti dia akan mengangumi dan menghormati kita nanti. Ia menunjukkan bahawa kita benar-benar mengiktiraf dan mengutamakan dirinya.

Apa yang ingin saya ulaskan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya. Perempuan selalu ingin meluahkan masalah, tapi kadangkala dia tak tahu apa masalah dia yang sebenarnya, mungkin terlalu banyak yang terpendam atau hanya sekadar ingin didengari…bila dah terluah, alahai masalahnya kicik je..em, biasalah perempuan, macam budak-budak, tapi tetap unik!

Selamat membaca! ('',)

Doakan saya dan sahabat-sahabat sekampus bakal menempuh peperiksaan bermula esok hari…sebut nama saya harapnya..terima kasih…

>

September 25, 2011

..mutiara kata..

** perkongsian mutiara kata Saidina Ali r.a **

إِجْعَلْ سِرَّكَ إلى وَاحِدٍ ومَشُورَتَكَ إلى أَلْفٍ

Letakkan rahsiamu pada seorang individu sahaja manakala mesyuarat ( perbincangan) hendaklah dimaklumkan kepada seribu orang..

أَحَبُّ الناسِ إِلَيْكَ, مَنْ كَثُرَتْ أَيَادِيهِ عِنْدَكَ.
فَإِنْ لم يَكُنْ فَمَنْ كَثُرَتْ أَيَادِيكَ عِنْدَهُ

Orang yang paling dikasihimu ialah mereka yang paling banyak membantumu. Sekiranya tiada yang sedemikian maka orang yang paling dikasihimu ialah orang yang paling banyak dibantu olehmu.

 إِذَا أَرَدْتَ أَنْ تُصَادِقَ رَجُلاً فاغْضِبْهُ فإن أَنْصَفَكَ فى غضبِهِ وَإِلَّا فَدَعهُ

Apabila engkau ingin mengambil seseorang lelaki sebagai sahabat, maka hendaklah engkau memarahinya, sekiranya dia masih memberikan layanan yang baik ketika itu, maka bersahabatlah dengannya. Apabila berlaku sebaliknya maka tinggalkan dia.

أَفْضَلُ الزُهْدِ , إِخْفَاءُ الزُهْدِ

Sebaik-baik sifat zuhud ialah menyembunyikan sifat zuhud tersebut.
(memperlihatkan kezuhudan kepada orang lain tergolong dalam riak dan menunjukkan bahawa kezuhudan yang dilakukan bukan kerana Allah subhanahu wa ta’ala)

إِنّاَ الشَّرَ تاَرِكُكَ إِنْ تَرَكْتَهُ

Sesungguhnya kejahatan akan meninggalkanmu sekiranya engkau meninggalkannya.

May 22, 2011

Suatu Kalimah..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Ada sebuah kisah yang ingin saya kongsikan :
“ Suatu ketika dahulu, ada seorang ibu yang terpaksa menghadapi suatu kehilangan yang besar baginya iaitu kehilangan satu-satunya anaknya kerana dipenjara. Si ibu tidak boleh tidur dan hari-harinya berlalu dengan ratapan dan kepiluan. Kemudian, Allah telah membimbingnya ( melalui perantaraan ) untuk mengucapkan  
لا حول ولا قوَّة إلاّ بالله    “ Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan kekuatan Allah”.
 Diulang-ulangnya kalimat agung itu, kalimat yang menjadi salah satu dari harta simpanan  di syurga.

Tidak lama setelah itu, ketika dia hampir putus asa, tiba-tiba si anak datang mengetuk pintu rumahnya. Wanita itu terkejut bercampur bahagia dan senang. Ini adalah hasil pergantungan kepada Allah, memperbanyakkan berdoa dan berserah diri kepada Allah.

>>>>>> Andai tidak menjadi keberatan, beramallah dengan لا حول ولا قوَّة إلاّ بالله itulah saranan pada pembacaan saya itu. Khulasohnya, tiada yang mudah melainkan memang mudah untuk beramal dengannya<<<<<<

Baru-baru ini, saya diuji dengan suatu perasaan yang cukup berat, perit untuk ditanggung, sukar untuk digambarkan. Hakikatnya, Yang melihat tidak sama dengan yang menghadapi..setiap hari saya memujuk hati, Allahuakbar, sampai bila saya harus begini??  ‘diari hati’ yang mengisi satu ruangan folder peribadi saya di laptop, hampir tiap hari jari saya mengatur kata berpandu hati, bermunajat sendiri…Sehinggalah suatu masa, Allah mempertemukan saya dengan kisah di atas…Alhamdulillah wal hamdulillah..

Allah..engkau pencipta, aku hamba.

Allah..engkau pemberi, aku peminta.

Allah..engkau Maha Kuat, aku sangat lemah.

Allah..engkau Maha Penyayang, aku pula memerlukan kasih sayang.

Allah..engkau pemilik segala cinta, sedang aku perlukan cinta…

Allah, engkau Maha Pengampun, sedang aku sangat2 perlukan pengampunanMu.

Subhanallah…Allah, aku rindu kasih sayangMu…

Allah..Allah..Allah..

Kalimah لا حول ولا قوَّة إلاّ بالله merupakan satu kalimah agung yang menyimpan rahsia kebahagiaan dan kemenangan. Perbanyaklah membacanya. Buanglah kesedihan, kekalutan, kerisauan dengan membacanya. Bergembiralah dengan kebahagiaan dari Allah. Tidak ada kesusahan kecuali beriringan dengan cabang-cabang kemudahan.

Demikianlah hukum kehidupan dan sebahagian dari kehidupan itu sendiri. Berbaik sangkalah kepada Allah.

YaAllah, hambaMU ini memohon kuatkanlah hatiku dan saudara2ku serta sahabatku di atas jalan perjuangan menegakkan agamaMU, tetapkan hati kami, tetapkan hati kami, tetapkan hati kami pada jalan kebenaran..nasihati kami ketika kami lemah, teguri kami ketika kami salah, bahagiakan kami ketika kami gundah..kerana segalanya dariMu, untukMu, keranaMu.

الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر