May 22, 2011

Suatu Kalimah..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Ada sebuah kisah yang ingin saya kongsikan :
“ Suatu ketika dahulu, ada seorang ibu yang terpaksa menghadapi suatu kehilangan yang besar baginya iaitu kehilangan satu-satunya anaknya kerana dipenjara. Si ibu tidak boleh tidur dan hari-harinya berlalu dengan ratapan dan kepiluan. Kemudian, Allah telah membimbingnya ( melalui perantaraan ) untuk mengucapkan  
لا حول ولا قوَّة إلاّ بالله    “ Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan kekuatan Allah”.
 Diulang-ulangnya kalimat agung itu, kalimat yang menjadi salah satu dari harta simpanan  di syurga.

Tidak lama setelah itu, ketika dia hampir putus asa, tiba-tiba si anak datang mengetuk pintu rumahnya. Wanita itu terkejut bercampur bahagia dan senang. Ini adalah hasil pergantungan kepada Allah, memperbanyakkan berdoa dan berserah diri kepada Allah.

>>>>>> Andai tidak menjadi keberatan, beramallah dengan لا حول ولا قوَّة إلاّ بالله itulah saranan pada pembacaan saya itu. Khulasohnya, tiada yang mudah melainkan memang mudah untuk beramal dengannya<<<<<<

Baru-baru ini, saya diuji dengan suatu perasaan yang cukup berat, perit untuk ditanggung, sukar untuk digambarkan. Hakikatnya, Yang melihat tidak sama dengan yang menghadapi..setiap hari saya memujuk hati, Allahuakbar, sampai bila saya harus begini??  ‘diari hati’ yang mengisi satu ruangan folder peribadi saya di laptop, hampir tiap hari jari saya mengatur kata berpandu hati, bermunajat sendiri…Sehinggalah suatu masa, Allah mempertemukan saya dengan kisah di atas…Alhamdulillah wal hamdulillah..

Allah..engkau pencipta, aku hamba.

Allah..engkau pemberi, aku peminta.

Allah..engkau Maha Kuat, aku sangat lemah.

Allah..engkau Maha Penyayang, aku pula memerlukan kasih sayang.

Allah..engkau pemilik segala cinta, sedang aku perlukan cinta…

Allah, engkau Maha Pengampun, sedang aku sangat2 perlukan pengampunanMu.

Subhanallah…Allah, aku rindu kasih sayangMu…

Allah..Allah..Allah..

Kalimah لا حول ولا قوَّة إلاّ بالله merupakan satu kalimah agung yang menyimpan rahsia kebahagiaan dan kemenangan. Perbanyaklah membacanya. Buanglah kesedihan, kekalutan, kerisauan dengan membacanya. Bergembiralah dengan kebahagiaan dari Allah. Tidak ada kesusahan kecuali beriringan dengan cabang-cabang kemudahan.

Demikianlah hukum kehidupan dan sebahagian dari kehidupan itu sendiri. Berbaik sangkalah kepada Allah.

YaAllah, hambaMU ini memohon kuatkanlah hatiku dan saudara2ku serta sahabatku di atas jalan perjuangan menegakkan agamaMU, tetapkan hati kami, tetapkan hati kami, tetapkan hati kami pada jalan kebenaran..nasihati kami ketika kami lemah, teguri kami ketika kami salah, bahagiakan kami ketika kami gundah..kerana segalanya dariMu, untukMu, keranaMu.

الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر

>