Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Ada
sebuah kisah yang ingin saya kongsikan :
“
Suatu ketika dahulu, ada seorang ibu yang terpaksa menghadapi suatu kehilangan
yang besar baginya iaitu kehilangan satu-satunya anaknya kerana dipenjara. Si
ibu tidak boleh tidur dan hari-harinya berlalu dengan ratapan dan kepiluan. Kemudian,
Allah telah membimbingnya ( melalui perantaraan ) untuk mengucapkan
لا حول ولا قوَّة إلاّ بالله “ Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan kekuatan Allah”.
Diulang-ulangnya kalimat agung itu, kalimat yang menjadi salah satu dari harta simpanan di syurga.

Tidak lama setelah itu, ketika dia hampir putus asa,
tiba-tiba si anak datang mengetuk pintu rumahnya. Wanita itu terkejut bercampur
bahagia dan senang. Ini adalah hasil pergantungan kepada Allah, memperbanyakkan
berdoa dan berserah diri kepada Allah.
>>>>>> Andai tidak menjadi
keberatan, beramallah dengan لا حول ولا قوَّة
إلاّ بالله
itulah saranan pada pembacaan saya itu. Khulasohnya, tiada yang mudah melainkan
memang mudah untuk beramal dengannya<<<<<<
Baru-baru ini, saya diuji dengan suatu perasaan yang
cukup berat, perit untuk ditanggung, sukar untuk digambarkan. Hakikatnya, Yang
melihat tidak sama dengan yang menghadapi..setiap hari saya memujuk hati,
Allahuakbar, sampai bila saya harus begini?? ‘diari hati’ yang
mengisi satu ruangan folder peribadi saya di laptop, hampir tiap hari jari saya
mengatur kata berpandu hati, bermunajat sendiri…Sehinggalah suatu masa, Allah
mempertemukan saya dengan kisah di atas…Alhamdulillah wal hamdulillah..
Allah..engkau pencipta, aku hamba.
Allah..engkau pemberi, aku peminta.
Allah..engkau Maha Kuat, aku sangat
lemah.
Allah..engkau Maha Penyayang, aku pula
memerlukan kasih sayang.
Allah..engkau pemilik segala cinta,
sedang aku perlukan cinta…
Allah, engkau Maha Pengampun, sedang aku
sangat2 perlukan pengampunanMu.
Subhanallah…Allah, aku rindu kasih
sayangMu…
Allah..Allah..Allah..
Kalimah
لا حول ولا قوَّة إلاّ بالله merupakan satu kalimah agung
yang menyimpan rahsia kebahagiaan dan kemenangan. Perbanyaklah membacanya.
Buanglah kesedihan, kekalutan, kerisauan dengan membacanya. Bergembiralah
dengan kebahagiaan dari Allah. Tidak ada kesusahan kecuali beriringan dengan cabang-cabang
kemudahan.
Demikianlah hukum kehidupan dan sebahagian dari
kehidupan itu sendiri. Berbaik sangkalah kepada Allah.
YaAllah, hambaMU ini memohon kuatkanlah hatiku dan
saudara2ku serta sahabatku di atas jalan perjuangan menegakkan agamaMU,
tetapkan hati kami, tetapkan hati kami, tetapkan hati kami pada jalan
kebenaran..nasihati kami ketika kami lemah, teguri kami ketika kami salah,
bahagiakan kami ketika kami gundah..kerana segalanya dariMu, untukMu, keranaMu.
الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر

>