January 25, 2011

Menangislah kerana Dia..

Bismillahirrohmaanirrohiim

Kebelakangan ini, saya kerapkali dihubungi atau juga boleh dikatakan dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang meluahkan kesedihan dan tangisan..pelbagai berita jua cerita yang menyentap, mengejut dan menyentuh naluri insani saya,ade yang

~ putus tunang

~ dihalang untuk berkahwin, walhal sudah lama bertunang

~ masalah keluarga

~ luahan hati seorang ibu yang dicintai

~ luahan masalah seorang adik

~ sahabat yang sebak dalam kalam bicara, tak mampu diluahkan dek masalah yang memberat dalam hati, hanya suara sebak berbunyi lemah di corong telefon

~ atau, paling kurang, SMS ringkas berbaur permintaan doa

Ape yang mampu saya lakukan, sedaya kudrat saya lunaskan.menjadi pendengar  setia, juga sedikit nasihat mutiara kata, agar tidak lupa pada Dia yang tercinta, juga rangkapan untaian doa..

Saya sebak sendiri, memikirkan teman-teman , juga memikirkan masalah sendiri yang dihadapi, yang kadang entah siapa mahu dikongsi, ingin memberitahu saya juga punyai masalah yang menekan dalam hati, tak tergamak rasanya.terpengaruh dengan emosi teman dan diri , akhirnya kalah dalam tangisan sendiri..namun, subhanallah, nikmatnya sebuah tangisan..

Justeru,

ape yang ingin saya kongsikan di sini  adalah berkaitan HIKMAH MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN, jom kita selami hikmahnya..

1.       Menyahkan Zat Berbahaya dari Tubuh Badan

Menangis merupakan kaedah semula jadi untuk mengeluarkan zat-zat kimia yang berbahaya daripada tubuh manusia. Zat-zat kimia ini dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan.

2.      Meningkatkan Kadar Degupan Jantung

Menangis boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.
           
3.       Menghalang Penyakit

Satu kajian oleh University Temple, Amerika syarikat kepada 100 orang yang mengidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Hasil kajian mendapati jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang mengidap penyakit tersebut mengatakan bahawa menanagis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak mengidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi jika dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

4.       Membebaskan Racun dari Badan

Arthur Frank, seorang ilmuwan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari tubuh, maka menahan air mata bererti membiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya, perempuan lebih cenderung menangis berbanding lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak tangisan dalam tubuh melalui tangisan”.

Saintis-sainits dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikelurkan daripada tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.
                                    
5.     Air Mata mengandungi 25% Protein

Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada tubuh badan kita ketika menangis.

Hebatkan kuasa Allah? Hanya dengan tangisan,beberapa penyakit dapat dihindarkan..

Justeru, menangislah jika air mata sudah bertakung, jangan tegar memendamnya..namun, usah dilama-lama atau dipanjangkan masa tangismu itu. buatlah keputusan, lakukan perubahan, tekad dalam keyakinan, berserahlah pada Tuhan..

Menangislah kerana Allah,
Dari Dia segalanya datang, padaNya mohonlah kekuatan dan penyelesaian,
Carilah hikmah yang tersembunyi, dalam keredhaan..

>