February 6, 2011

andai........aku redha denganNya

Bismillahirrahmaanirrohiim

Hujung minggu baru-baru ni, satu sukan integrasi Insaniah telah berlansung. Beberapa permainan tertentu yang diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu. Antara yang menarik, bola jaring yang berlansung pada hari Jumaat. Sewaktu tengok poster-poster berkaitan sukan program ni tak terlintas pula nak main. Tapi, petang Khamis sehari sebelumnya, seorang kakak yang merupakan lepasan DQ juga mencadangkan agar kami buat satu team untuk bola jaring. Bincang sana, bincang sini, Alhamdulillah satu team DQ ditubuhkan untuk perlawanan bola jaring membawakan nama DarQis, bersempena dengan nama sebuah program sukan di DQ dulu. Em, dah lama tak main ni, terfikir pula dalam diri boleh ke, takpelah main suka-suka.

Teringat pula keaktifan sewaktu di sekolah rendah dahulu, sukan ape yang ade semua saya kaut, mujur waktu tu tak wujud lagi bola sepak perempuan, kalu ada, mungkin saya salah seorang pemainnya.

Bermula seawal 8 pagi kami team DarQis bersiap, turun ke gelanggang pada jam 9 pagi, buat warming up dan berlatih ala kadar, niat kami main sambil berukhuwwah, ape jua rintangan dan cabaran, bersama kami redah. Lebih kurang jam 10 pagi, semua team yang mendaftarkan diri dalam perlawanan dikumpulkan, terdapat 9 kumpulan semuanya. Perlawanan dimulakan dengan group kami dahulu melawan group sahabat dari kuliyyah Bahasa Arab.

Main punya main, tibe-tibe ‘dush’ bola tepat mengenai pipi kanan saya..’aduh, sakit’ . namun, semangat perlawanan yang ade dalam diri, perjuangan tetap saya teruskan. Main je lah, walau dah hilang skill. Alhamdulilah perlawanan pertama kami berjaya mengumpul 8 mata berbalas kosong. Perlawanan berlansung selama lebih kurang 4 jam, menghabiskan 9 kumpulan, dan perlawanan diadakan dalam bentuk liga yakni kiraan mata, beberapa group kami bertarung, Alhamdulillah kami berjaya ke peringkat akhir.

Perlawanan akhir

Perlawanan last yang memenatkan, baru masuk zohor ketika ini, dah tengahari dicampur dengan panas terik, lelah jadinya. Perlawanan terakhir, kami rempuh juga..lari sana, lari sini, lompat sana, lompat sini, shoot sana, shoot sini, maka perlawanan berbaki lebih kurang 3 minit tibe-tibe ‘dish’ saya terjatuh, terseret lutut, teman mengerumuni saya, dengan pantas saya membetulkan duduk, melihat kawasan yang sakit, jeans ladies saya terkoyak, berdarah, nampak isi, terus saya tutup cepat-cepat.

‘eh, getah ade getah?’, tanpa diduga pertanyaan itu meluncur laju dari mulut saya.

‘aik, getah nak bwat ape?’ kawan bertanya.

‘nak ikat’..jawab saya.

’nak main lagi?’ kawan-kawan bertanya.

‘ takpe2, boleh terukan’.

Seutas getah diberikan kepada saya, terus saya ikatkan pada seluar yang terkoyak dan meneruskan 3 minit yang berbaki. Isy, sayang pulak nak berhenti, lagipun pemain simpanan tak bersedia, saya gagahkan juga hingga akhir perlawanan .

Selesai perlawanan, saya meneliti luka , yaAllah teruk juga ni, Alhamdulillah dengan bantuan ‘doktor kecil’, rawatan diberikan kepada saya. Team DarQis yang membawa slogan ‘main suka-suka tapi usaha untuk menang’ akhirnya merangkul tempat ketiga dari 9 team yang berlawan. Alhamdulillah wal hamdulillah, tahniah diucapkan kepada team yang menang dan salam ukhuwwah pada team yang tidak berjaya, kalah menang adat pertandingan , yang penting persahabatan tererat.

Perjalanan pulang dari kampus ke rumah sewa, saya terpaksa dipapah oleh teman, yaAllah, kesakitan makin terasa. Dalam hati bermonolog sendirian, ‘mungkin ni sebagai penghapus dosa kepada aku, mungkin kerana banyak langkahan perjalanan hidup yang tersasar dari keikhlasan, jauh sebagai hambaNya yang solehah ye, aku sedari. Dan aku juga sedar, andai ade kesilapan padaku, cepat Allah menghantar pesanan dan ingatan…’

Dalam hati terdetik lagi ‘yaAllah, sakitnya’…namun, andai kesakitan ini sebagai penghapus dosa-dosaku, maka aku redha dengannya yaAllah. Syukran tidak terhingga padaMu yang memberi perhatian kepadaku.

Dalam keadaan pergerakan yang terbatas, sambil muhasabah diri teringat saya kepada kisah seorang sahabat nabi. Namanya ialah Abu Tufail Ubay bin Ka’ab bin Qis bin ‘Ubaid bin Anshari al-Khazrajidiri.

Abu Tufail Ubay

Abu Tufail Ubay juga dikenali sebagai Sayyid al-Qurra’ (pemimpin para pembaca al-Quran) Tubuhnya sederhana, tidak terlalu gemuk dan tidak pendek. Meskipun begitu beliau sangat disegani dalam kalangan para sahabat. Beliau adalah antara sahabat yang berdamping rapat dengan Rasulullah dan telah meriwayatkan sekitar 164 buah hadis daripada Baginda S.A.W.

Ape yang menariknya pada kisah sahabat nabi ini yang menjagi pengajaran pada saya iaitu mengenai sebuah riwayat hidupnya seperti yang terdapat dalam al-Isabah, beliau pernah bertanya kepada Rasulullah tentang penyakit yang menimpa seseorang. Baginda S.A.W telah bersabda yang bermaksud: “Ia adalah kafarah (penghapusan) dosa pada seseorang itu”.

Mendengar penjelasan baginda itu, Ubay telah memohon kepada Allah agar ditimpakan sesuatu penyakit yang akan menghapuskan dosa-dosanya. Dengan izin Allah, beliau telah ditimpa demam yang berpanjangan hingga hari beliau kembali kepada Allah. Menurut riwayat, badannya sentiasa panas kerana demam kerana doanya agar dihapuskan dosa-dosanya. Benar sekali sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis riwayat Muslim yang bermaksud,

“ Janganlah kamu mencela demam, kerana demam itu akan menghapuskan dosa-dosa sepertimana api menghilangkan kotoran pada besi ”.

Beliau wafat pada tahun 21 Hijrah ketika pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan.

Pesanan buat diri

Kisah ringkas tentang seorang sahabat baginda di atas buat saya merenung panjang. Jarang sekali kita sedari, betapa hebat dan uniknya sifat ‘ar-Rahim’ yakni kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya yang dikasihi. Pada ujian yang menekan jiwa, pada kesakitan yang berlarutan lama, pada kehidupan yang sesekali menderita, tersembunyi penghapusan dosa kita yang sekian lama, tersembunyi penyucian jiwa hanya padaNya..itulah Allah yang bersifat dengan sepenuh sifat kesempurnaan.

Mafhum daripada sepotong hadis Qudsi :

“Penyakit itu hambaKu, ia datang dan pergi atas suruhanKU”

Untuk akhirnya,

Andai kesakitan ini sebagai penghapus dosa kepadaNya,

Maka lapangkanlah hati kami, redha dengan pengajaran dariMu...

>