October 29, 2011

Jadilah Pendengar yang HEBAT!

Jadilah Pendengar yang hebat!

Perjalanan sehari-hari di atas muka bumi ciptaan Allah ini kita namakan ‘KEHIDUPAN’.  Ya, bila kita nyatakan ke’hidup’an bermakna sesuatu benda yang akan sentiasa bergerak dan bergerak. Jika kita hanya duduk sahaja atas kerusi atau hanya menongkat tangan pada meja atau tiba-tiba berhenti ketika berjalan tanpa membuat apa-apa perbuatan lain, tetap dinamakan ke’hidup’an, kerana jantung kita sentiasa berdegup dan masa tidak akan berhenti sesaat cuma walau kita berdiam diri..Ini penafsiran kefahaman saya, tidak ada dalam kamus dewan atau mana-mana akhbar atau majalah..

Terasa singkat sahaja masa berlalu, baru semalam kaki ini melangkah ke negeri Kedah jelapang padi yang indah permai dengan tarikan kehijauan sawah padinya yang menggamit ketenangan jiwa.jiwang pulak.. Sekarang , dah nak exam final semester ketiga saya berada di sini..cepat masa berlalu, namun jutaan peristiwa dan kenangan ada pada iringan masa itu…ya, itulah hakikat kehidupan..Permulaannya terasa panjang dan lelah.. Apabila mula melangkah terasa terlalu cepat…

Penat fokus pada murajaah dan munaqasyah di hari-hari terakhir sebelum peperiksaan bermula, terasa ingin mencoretkan sesuatu, saya pun tidak pasti ingin menulis tentang apa..

Ada satu artikel yang menarik untuk dikongsi pada bawah ini, hakikatnya semua ilmu dan pengetahuan itu miliknya adalah Allah subhanahu wa taala..bukan ilmu tentang fardhu ain , tapi ilmu tentang kehidupan..moga ada manfaat yang boleh diambil bersama..perkongsian in dipetik dari majalah solusi, keluaran yang ke 26.

Artikel ini mengajar kita bagaimana menjadi seorang yang memahami...Salah satu kemahiran penting untuk mencipta persefahaman ialah kemahiran mendengar..

1.       BERHENTI BERCAKAP
Mulut dan telinga tidak boleh bekerja serentak. Pilih sama ada kita ingin mendengar atau bercakap. Setiap kali kita merasa hendak bercakap, tutup mulut rapat-rapat den lemparkan senyuman kepada orang yang sedang bercakap dengan kita. Tangguhkan, dan sampaikan kemudian nanti.

2.       SELESA DAN BEBAS BERKATA-KATA
Buatkan orang yang bercakap itu berasa selesa dan bebas untuk berkata-kata. Elakkan perkataaan yang mengancam. Ini akan menyebabkannya berasa takut dan gusar. Elakkan gerak badan yang menunjukkan kita bosan. Ini menyebabkan dia berasa tidak dihargai.

3.       TUNJUKKAN MINAT
Tunjukkan minat kita untuk mendengar. Pandang ke arahnyadan tonjolkan keprihatinan anda. Jangan sesekali mendengar sambil membaca surat khabar atau menaip SMS. Ia sungguh memeritkan hati orang yag bercakap. Berhadapan dengannya secara tenang dan sepenuhnya. Tunjukkan bahawa kita  memang benar-benar memberikan seratus-peratus perhatian kepadanya.

4.       ELAKKAN SEMUA UNSUR GANGGUAN
Jangan asyik menggoyang-goyangkan kunci, memusing-musingkan kunci kereta, mengetuk-ngetuk meja, atau menekan-nekan telefon bimbit kesayangan kita. Tunjukkan bahawa kita berusaha untuk mengelakkan sebarang gangguan dalam interaksi yang sedang berlaku itu.

5.       MENDENGARLAH SECARA EMPATI
Bayangkan kita berada di tempat orang yang bercakap. Fahami situasi dan keadaannya. Kenal pasti apakah emosi orang itu. Adakah dia sedang teruja? Gembira? Sedih? Keliru? Kecewa? Tidak Pasti? Fokuskan kepada bahasa badan yang ditampilkan dan juga mimik muka yang diserlahkan. Cubalah meneroka jauh ke dalam dirinya. Semakin dalam perasaan yang kita terokai, semakin empati kita terhadapnya.

6.       BERSABAR
Jangan terlalu ghairah untuk bercakap sehingga memotong percakapan orang lain. Berikan masa kepadanya untuk bercakap. Masa untuk kita pasti ada selepas itu. Jika ada sesuatu yang tersangat penting dan segera, mintalah kebenarannya terlebih dahulu. Namun, apa yang penting, belajar untuk menahan ‘nafsu bercakap’ apabila mendengar orang lain bercakap.

7.       KAWAL EMOSI DAN MARAH ANDA
Jika kita marah, jangan banyak bercakap. Sebaliknya cuba bertanya soalan dan senyum. Rasa marah hanya menjatuhkan maruah dan kredibiliti kita. Banyakkan istighfar dan mengingati Allah jika terasa marah dan tidak selesa. Ingatlah Allah paling hebat dan berkuasa. Segala kemuliaan adalah milik-Nya.

8.       ELAKKAN PERBAHASAN DAN KRITIKAN YANG TIDAK PERLU
Elakkan perbahasan dan kritikan yang tidak perlu. Ini hanya akan menyebabkan orang yang bercakap mula menjadi defensif dan mempertahankan diri. Ingat, kalau kita menang dalam perbahasan itu- anda sebenarnya telah kalah.

9.       TANYA SOALAN DAN RENTETAN MAKLUMAT
Ini mendorong keinginan untuk meluahkan lagi maklumat yang dia tahu. Apa yang lebih penting, dia akan rasa benar-benar diberi tumpuan. Dengan kemahiran bertanyakan soalan, kita boleh membuatkan orang yang bercakap berasa sungguh gembira dan mengagumi kita.

10.   MIMIK MUKA DAN ESPRESI
Belajarlah bagaimana untuk mengawal mimik muka dan espresi kita dalam keadaan yang berbeza. Kita boleh memandang cermin dan melakonkan perasaan kita.

11.   INGAT
Cubalah ingat apa yang diluahkannya. Walaupun ada kalanya, apa yang diluahkan oleh orang lain bukanlah satu yang penting untuk di ingati, namun jika anda mampu mengingati beberapa perkara tertentu, pasti dia akan mengangumi dan menghormati kita nanti. Ia menunjukkan bahawa kita benar-benar mengiktiraf dan mengutamakan dirinya.

Apa yang ingin saya ulaskan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya. Perempuan selalu ingin meluahkan masalah, tapi kadangkala dia tak tahu apa masalah dia yang sebenarnya, mungkin terlalu banyak yang terpendam atau hanya sekadar ingin didengari…bila dah terluah, alahai masalahnya kicik je..em, biasalah perempuan, macam budak-budak, tapi tetap unik!

Selamat membaca! ('',)

Doakan saya dan sahabat-sahabat sekampus bakal menempuh peperiksaan bermula esok hari…sebut nama saya harapnya..terima kasih…

>

September 25, 2011

..mutiara kata..

** perkongsian mutiara kata Saidina Ali r.a **

إِجْعَلْ سِرَّكَ إلى وَاحِدٍ ومَشُورَتَكَ إلى أَلْفٍ

Letakkan rahsiamu pada seorang individu sahaja manakala mesyuarat ( perbincangan) hendaklah dimaklumkan kepada seribu orang..

أَحَبُّ الناسِ إِلَيْكَ, مَنْ كَثُرَتْ أَيَادِيهِ عِنْدَكَ.
فَإِنْ لم يَكُنْ فَمَنْ كَثُرَتْ أَيَادِيكَ عِنْدَهُ

Orang yang paling dikasihimu ialah mereka yang paling banyak membantumu. Sekiranya tiada yang sedemikian maka orang yang paling dikasihimu ialah orang yang paling banyak dibantu olehmu.

 إِذَا أَرَدْتَ أَنْ تُصَادِقَ رَجُلاً فاغْضِبْهُ فإن أَنْصَفَكَ فى غضبِهِ وَإِلَّا فَدَعهُ

Apabila engkau ingin mengambil seseorang lelaki sebagai sahabat, maka hendaklah engkau memarahinya, sekiranya dia masih memberikan layanan yang baik ketika itu, maka bersahabatlah dengannya. Apabila berlaku sebaliknya maka tinggalkan dia.

أَفْضَلُ الزُهْدِ , إِخْفَاءُ الزُهْدِ

Sebaik-baik sifat zuhud ialah menyembunyikan sifat zuhud tersebut.
(memperlihatkan kezuhudan kepada orang lain tergolong dalam riak dan menunjukkan bahawa kezuhudan yang dilakukan bukan kerana Allah subhanahu wa ta’ala)

إِنّاَ الشَّرَ تاَرِكُكَ إِنْ تَرَكْتَهُ

Sesungguhnya kejahatan akan meninggalkanmu sekiranya engkau meninggalkannya.

May 22, 2011

Suatu Kalimah..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Ada sebuah kisah yang ingin saya kongsikan :
“ Suatu ketika dahulu, ada seorang ibu yang terpaksa menghadapi suatu kehilangan yang besar baginya iaitu kehilangan satu-satunya anaknya kerana dipenjara. Si ibu tidak boleh tidur dan hari-harinya berlalu dengan ratapan dan kepiluan. Kemudian, Allah telah membimbingnya ( melalui perantaraan ) untuk mengucapkan  
لا حول ولا قوَّة إلاّ بالله    “ Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan kekuatan Allah”.
 Diulang-ulangnya kalimat agung itu, kalimat yang menjadi salah satu dari harta simpanan  di syurga.

Tidak lama setelah itu, ketika dia hampir putus asa, tiba-tiba si anak datang mengetuk pintu rumahnya. Wanita itu terkejut bercampur bahagia dan senang. Ini adalah hasil pergantungan kepada Allah, memperbanyakkan berdoa dan berserah diri kepada Allah.

>>>>>> Andai tidak menjadi keberatan, beramallah dengan لا حول ولا قوَّة إلاّ بالله itulah saranan pada pembacaan saya itu. Khulasohnya, tiada yang mudah melainkan memang mudah untuk beramal dengannya<<<<<<

Baru-baru ini, saya diuji dengan suatu perasaan yang cukup berat, perit untuk ditanggung, sukar untuk digambarkan. Hakikatnya, Yang melihat tidak sama dengan yang menghadapi..setiap hari saya memujuk hati, Allahuakbar, sampai bila saya harus begini??  ‘diari hati’ yang mengisi satu ruangan folder peribadi saya di laptop, hampir tiap hari jari saya mengatur kata berpandu hati, bermunajat sendiri…Sehinggalah suatu masa, Allah mempertemukan saya dengan kisah di atas…Alhamdulillah wal hamdulillah..

Allah..engkau pencipta, aku hamba.

Allah..engkau pemberi, aku peminta.

Allah..engkau Maha Kuat, aku sangat lemah.

Allah..engkau Maha Penyayang, aku pula memerlukan kasih sayang.

Allah..engkau pemilik segala cinta, sedang aku perlukan cinta…

Allah, engkau Maha Pengampun, sedang aku sangat2 perlukan pengampunanMu.

Subhanallah…Allah, aku rindu kasih sayangMu…

Allah..Allah..Allah..

Kalimah لا حول ولا قوَّة إلاّ بالله merupakan satu kalimah agung yang menyimpan rahsia kebahagiaan dan kemenangan. Perbanyaklah membacanya. Buanglah kesedihan, kekalutan, kerisauan dengan membacanya. Bergembiralah dengan kebahagiaan dari Allah. Tidak ada kesusahan kecuali beriringan dengan cabang-cabang kemudahan.

Demikianlah hukum kehidupan dan sebahagian dari kehidupan itu sendiri. Berbaik sangkalah kepada Allah.

YaAllah, hambaMU ini memohon kuatkanlah hatiku dan saudara2ku serta sahabatku di atas jalan perjuangan menegakkan agamaMU, tetapkan hati kami, tetapkan hati kami, tetapkan hati kami pada jalan kebenaran..nasihati kami ketika kami lemah, teguri kami ketika kami salah, bahagiakan kami ketika kami gundah..kerana segalanya dariMu, untukMu, keranaMu.

الله أكبر ! الله أكبر ! الله أكبر

March 7, 2011

Kerinduan itu..

Kerinduan itu..

‘isy lama la plak, ramai plak tu..bila la sampai giliran aku ni’..ngomel gadis kecil itu sendirian sambil di tangannya ade sebekas botol air sederhana besar bersama isinya air jernih yang boleh diminum..air itu adalah air mineral..

Sudah banyak kali gadis kecil itu berulang alik ke dapur untuk melihat keadaan, namun hati kecilnya kecewa, masih ramai lagi tetamu di dapur, mereka semua tertumpu pada orang yang sama..dan masing-masing di tangan mereka ade bersama air mineral, ade yang dalam plastik, botol, malah ade yang bawa kendi bersama..menunggu giliran untuk mengambil air penawar , dari datuk si gadis kecil tadi..situasi yang sama berlaku hampir setiap hari..tambah-tambah pada waktu dekat dengan peperiksaan..air penawar di ambil oleh ibu bapa untuk diminum pada anak-anak , dengan harapan untuk pencerah hati dan baik untuk ingatan..tiada yang pelik, air tersebut dibacakan beberapa ayat-ayat suci al-Qur’an dan doa..ambil barakah mungkin..

Tiada sebarang bayaran diambil oleh datuk si gadis kecil tadi, niat hanya sekadar menolong mendoakan anak-anak mereka..

Si gadis kecil tadi bermonolog sendirian

‘x pelah, mai sekejap-sekejap lagilah, ramai orang lagi ni’..

Hampir zohor, dia menjengah lagi ke dapur, tetamu terakhir ade di situ, sudah bersiap-siap untuk balik

‘terima kasih ye tok, air penawar ni, doalah juga untuk anak ambo, bia molek dapat keputuse perekso’..

Datuk si gadis kecil tadi menjawab ‘insyaAllah, ngaji rajinlah’ sambil tersenyum..menampakkan sebarisan gigi yang sudah rongak di tengah..adat orang tua.

Si gadis kecil itu datang menghampiri datuknya

‘tok ayah, nah air sebotol’ gadis itu menghulur sebotol air yang disimpan dari pagi tadi lagi..

‘nak buat ape ni’ Tanya si datuk, sambil tersenyum melayani kerenah cucunya yang comel..mungkin sudah dimengerti maksud cucunya itu, sekadar bertanya untuk meraikan.

‘nak buat air penawar lah tok ayah, macam orang lain ambik ngan tok ayah tadi..ore nak jugok’ petah cucunya berbicara, baru darjah satu..

‘owh, jap tok ayah bace’ sambil si datuk tadi terus mengambil botol yang diberikan cucunya, dibuka tudung botol lantas dibacakan ayat-ayat suci al-Qur’an serta doa-doa tertentu..

Si gadis itu tersenyum, sambil khusyuk memandang tingkahlaku datuknya

‘nah ambiklah, simpan molek’ kata datuknya sesudah habis dibacakan ayat-ayat tertentu sambil dia terus bergegas turun dari bangku panjang yang sedari pagi dia duduk di situ..bersiap untuk jadi imam zohor pula sekejap lagi..azan hampir berkumandang..

Kemudian, usai khidmat diri, beliau terus keluar dari pintu dapur melangkah ke surau, x jauh, hanya 10 langkah dari pintu dapur ke ruangan pintu surau bahagian hadapan, terus menuju ke ruangan imam, mendirikan solat..si gadis kecil tadinya jua begitu, bergegas ke surau bahagian perempuan, menanti solat dimulakan untuk berjemaah bersama-sama jemaah yang lain..di imamkan oleh datuknya..

Tika waktu malam, usai datuknya makan selalunya barulah cucu-cucunya yang perempuan pula mengambil tempat..si gadis kecil itu selalunya tidak mengambil pinggan lain, dicapainya sahaja bekas pinggan datuknya tadi, menghabiskan sisa-sisa makanan yang ditinggalkan datuknya, dan diguna bersama sudu yang datuknya guna tadi..

Nenek pernah kata ‘gunalah pinggan tok ayah tu,habiskan nasi tok ayah, ambik berkat’. Mungkin sekadar nak pujuk hati cucunya, xnak gunakan banyak pinggan, nanti banyak pula yang perlu dibasuh. Tapi, itulah dalil yang selalu di ingati oleh cucunya, jadi pinggan bekas datuknya makan,selalu dia yang ambik dahulu..begitulah sehari-hari..em, apalah erti perkara ini pada pandangan orang lain, tapi punyai erti yang mendalam pada seorang cucu..

:: Merajuk ::

‘tak mau buku cerita ni, nak jam tangan, nak jam tangan, mak su janji jam tangan, pastu bagi buku’..esak gadis kecil tadi sambil menangis..kecewa..mak sue selaku mak sedaranya sudah berjanji kalau dapat no. 1 dalam peperiksaan akhir tahun darjah satu, akan dihadiahkan seutas jam tangan..dan terbukti kecerdikan si gadis kecil itu dapat menggengam tempat pertama jua, biiznillah..Lain yang dijanjikan , lain pula yang diperoleh, ape lagi, merajuklah dia..

Habis seisi rumah datuknya memujuk dia, namun hatinya tetap tidak keruan walau tangisan sudah dihentikan..akhirnya

‘kenapa tuh, duk nangis tuh..’ Tanya si datuk.

‘ni ha sue ni janji ngan dia kalau dapat no. 1 nak bagi jam, tapi bagi buku plak..merajuklah budak tu’ jelas si nenek.

‘alahai buku pun hadiah juga’..sampuk sue tadi.

‘meh ambik jam tok ayah ni, pilih nak yang mane’..ajak si datuk pada cucunya tadi masuk ke dalam biliknya, disuruh pilih jam mane yang berkenan.

Ape lagi, berbunga-bunga hati si gadis kecil ‘dipujuk’ dan yang paling bestnya itulah pertama kali dia masuk ke dalam bilik datuk kesayangannya itu..istimewa pulak dia, cucu-cucu yang lain rasanya x de lagi yang dapat keistimewaan itu..

‘mane padan jam ni tok ayah’ kata si gasis kecil tadi, pelbagai jam yang ade dalam laci meja datuknya, boleh diambil sahaja mane-mane yang berkenan.

Tapi, mane padan pergelangan tangan yang kecil dipadankan dengan jam datuknya , muka jam saja seumpama sebesar kompas, lebih besar dari pergelangan tangan gadis kecil itu, apatah lagi tali jam, alamaknya kalau nak pakai , kena pakai kat lengan lah, baru muat jam tu..emm..

>>>>>> Kini

Usai mengerjakan solat maghrib, saya berteleku di atas hamparan sejadah, tanpa disedari pandangan mata saya semakin kabur, ade butiran jernih yang terkumpul di situ, lalu ia menitis..setitis demi setitis..awal nya mengalir perlahan kemudian laju, menuruni pipi..hati saya sangat sebak..mengenangkan kisah si gadis kecil tadi, hanya selembar kecil dari diari kenangan dapat saya suratkan..kenangan bersama datuknya..gadis kecil itu adalah saya , dan saya amat merindui kasih seorang datuk..al-fatihah untuk arwah datuk saya, haji mohammad bin che long..moga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan bertaqwa..ameen

February 6, 2011

andai........aku redha denganNya

Bismillahirrahmaanirrohiim

Hujung minggu baru-baru ni, satu sukan integrasi Insaniah telah berlansung. Beberapa permainan tertentu yang diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu. Antara yang menarik, bola jaring yang berlansung pada hari Jumaat. Sewaktu tengok poster-poster berkaitan sukan program ni tak terlintas pula nak main. Tapi, petang Khamis sehari sebelumnya, seorang kakak yang merupakan lepasan DQ juga mencadangkan agar kami buat satu team untuk bola jaring. Bincang sana, bincang sini, Alhamdulillah satu team DQ ditubuhkan untuk perlawanan bola jaring membawakan nama DarQis, bersempena dengan nama sebuah program sukan di DQ dulu. Em, dah lama tak main ni, terfikir pula dalam diri boleh ke, takpelah main suka-suka.

Teringat pula keaktifan sewaktu di sekolah rendah dahulu, sukan ape yang ade semua saya kaut, mujur waktu tu tak wujud lagi bola sepak perempuan, kalu ada, mungkin saya salah seorang pemainnya.

Bermula seawal 8 pagi kami team DarQis bersiap, turun ke gelanggang pada jam 9 pagi, buat warming up dan berlatih ala kadar, niat kami main sambil berukhuwwah, ape jua rintangan dan cabaran, bersama kami redah. Lebih kurang jam 10 pagi, semua team yang mendaftarkan diri dalam perlawanan dikumpulkan, terdapat 9 kumpulan semuanya. Perlawanan dimulakan dengan group kami dahulu melawan group sahabat dari kuliyyah Bahasa Arab.

Main punya main, tibe-tibe ‘dush’ bola tepat mengenai pipi kanan saya..’aduh, sakit’ . namun, semangat perlawanan yang ade dalam diri, perjuangan tetap saya teruskan. Main je lah, walau dah hilang skill. Alhamdulilah perlawanan pertama kami berjaya mengumpul 8 mata berbalas kosong. Perlawanan berlansung selama lebih kurang 4 jam, menghabiskan 9 kumpulan, dan perlawanan diadakan dalam bentuk liga yakni kiraan mata, beberapa group kami bertarung, Alhamdulillah kami berjaya ke peringkat akhir.

Perlawanan akhir

Perlawanan last yang memenatkan, baru masuk zohor ketika ini, dah tengahari dicampur dengan panas terik, lelah jadinya. Perlawanan terakhir, kami rempuh juga..lari sana, lari sini, lompat sana, lompat sini, shoot sana, shoot sini, maka perlawanan berbaki lebih kurang 3 minit tibe-tibe ‘dish’ saya terjatuh, terseret lutut, teman mengerumuni saya, dengan pantas saya membetulkan duduk, melihat kawasan yang sakit, jeans ladies saya terkoyak, berdarah, nampak isi, terus saya tutup cepat-cepat.

‘eh, getah ade getah?’, tanpa diduga pertanyaan itu meluncur laju dari mulut saya.

‘aik, getah nak bwat ape?’ kawan bertanya.

‘nak ikat’..jawab saya.

’nak main lagi?’ kawan-kawan bertanya.

‘ takpe2, boleh terukan’.

Seutas getah diberikan kepada saya, terus saya ikatkan pada seluar yang terkoyak dan meneruskan 3 minit yang berbaki. Isy, sayang pulak nak berhenti, lagipun pemain simpanan tak bersedia, saya gagahkan juga hingga akhir perlawanan .

Selesai perlawanan, saya meneliti luka , yaAllah teruk juga ni, Alhamdulillah dengan bantuan ‘doktor kecil’, rawatan diberikan kepada saya. Team DarQis yang membawa slogan ‘main suka-suka tapi usaha untuk menang’ akhirnya merangkul tempat ketiga dari 9 team yang berlawan. Alhamdulillah wal hamdulillah, tahniah diucapkan kepada team yang menang dan salam ukhuwwah pada team yang tidak berjaya, kalah menang adat pertandingan , yang penting persahabatan tererat.

Perjalanan pulang dari kampus ke rumah sewa, saya terpaksa dipapah oleh teman, yaAllah, kesakitan makin terasa. Dalam hati bermonolog sendirian, ‘mungkin ni sebagai penghapus dosa kepada aku, mungkin kerana banyak langkahan perjalanan hidup yang tersasar dari keikhlasan, jauh sebagai hambaNya yang solehah ye, aku sedari. Dan aku juga sedar, andai ade kesilapan padaku, cepat Allah menghantar pesanan dan ingatan…’

Dalam hati terdetik lagi ‘yaAllah, sakitnya’…namun, andai kesakitan ini sebagai penghapus dosa-dosaku, maka aku redha dengannya yaAllah. Syukran tidak terhingga padaMu yang memberi perhatian kepadaku.

Dalam keadaan pergerakan yang terbatas, sambil muhasabah diri teringat saya kepada kisah seorang sahabat nabi. Namanya ialah Abu Tufail Ubay bin Ka’ab bin Qis bin ‘Ubaid bin Anshari al-Khazrajidiri.

Abu Tufail Ubay

Abu Tufail Ubay juga dikenali sebagai Sayyid al-Qurra’ (pemimpin para pembaca al-Quran) Tubuhnya sederhana, tidak terlalu gemuk dan tidak pendek. Meskipun begitu beliau sangat disegani dalam kalangan para sahabat. Beliau adalah antara sahabat yang berdamping rapat dengan Rasulullah dan telah meriwayatkan sekitar 164 buah hadis daripada Baginda S.A.W.

Ape yang menariknya pada kisah sahabat nabi ini yang menjagi pengajaran pada saya iaitu mengenai sebuah riwayat hidupnya seperti yang terdapat dalam al-Isabah, beliau pernah bertanya kepada Rasulullah tentang penyakit yang menimpa seseorang. Baginda S.A.W telah bersabda yang bermaksud: “Ia adalah kafarah (penghapusan) dosa pada seseorang itu”.

Mendengar penjelasan baginda itu, Ubay telah memohon kepada Allah agar ditimpakan sesuatu penyakit yang akan menghapuskan dosa-dosanya. Dengan izin Allah, beliau telah ditimpa demam yang berpanjangan hingga hari beliau kembali kepada Allah. Menurut riwayat, badannya sentiasa panas kerana demam kerana doanya agar dihapuskan dosa-dosanya. Benar sekali sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis riwayat Muslim yang bermaksud,

“ Janganlah kamu mencela demam, kerana demam itu akan menghapuskan dosa-dosa sepertimana api menghilangkan kotoran pada besi ”.

Beliau wafat pada tahun 21 Hijrah ketika pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan.

Pesanan buat diri

Kisah ringkas tentang seorang sahabat baginda di atas buat saya merenung panjang. Jarang sekali kita sedari, betapa hebat dan uniknya sifat ‘ar-Rahim’ yakni kasih sayang Allah kepada hamba-hambaNya yang dikasihi. Pada ujian yang menekan jiwa, pada kesakitan yang berlarutan lama, pada kehidupan yang sesekali menderita, tersembunyi penghapusan dosa kita yang sekian lama, tersembunyi penyucian jiwa hanya padaNya..itulah Allah yang bersifat dengan sepenuh sifat kesempurnaan.

Mafhum daripada sepotong hadis Qudsi :

“Penyakit itu hambaKu, ia datang dan pergi atas suruhanKU”

Untuk akhirnya,

Andai kesakitan ini sebagai penghapus dosa kepadaNya,

Maka lapangkanlah hati kami, redha dengan pengajaran dariMu...

January 25, 2011

Menangislah kerana Dia..

Bismillahirrohmaanirrohiim

Kebelakangan ini, saya kerapkali dihubungi atau juga boleh dikatakan dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang meluahkan kesedihan dan tangisan..pelbagai berita jua cerita yang menyentap, mengejut dan menyentuh naluri insani saya,ade yang

~ putus tunang

~ dihalang untuk berkahwin, walhal sudah lama bertunang

~ masalah keluarga

~ luahan hati seorang ibu yang dicintai

~ luahan masalah seorang adik

~ sahabat yang sebak dalam kalam bicara, tak mampu diluahkan dek masalah yang memberat dalam hati, hanya suara sebak berbunyi lemah di corong telefon

~ atau, paling kurang, SMS ringkas berbaur permintaan doa

Ape yang mampu saya lakukan, sedaya kudrat saya lunaskan.menjadi pendengar  setia, juga sedikit nasihat mutiara kata, agar tidak lupa pada Dia yang tercinta, juga rangkapan untaian doa..

Saya sebak sendiri, memikirkan teman-teman , juga memikirkan masalah sendiri yang dihadapi, yang kadang entah siapa mahu dikongsi, ingin memberitahu saya juga punyai masalah yang menekan dalam hati, tak tergamak rasanya.terpengaruh dengan emosi teman dan diri , akhirnya kalah dalam tangisan sendiri..namun, subhanallah, nikmatnya sebuah tangisan..

Justeru,

ape yang ingin saya kongsikan di sini  adalah berkaitan HIKMAH MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN, jom kita selami hikmahnya..

1.       Menyahkan Zat Berbahaya dari Tubuh Badan

Menangis merupakan kaedah semula jadi untuk mengeluarkan zat-zat kimia yang berbahaya daripada tubuh manusia. Zat-zat kimia ini dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan.

2.      Meningkatkan Kadar Degupan Jantung

Menangis boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.
           
3.       Menghalang Penyakit

Satu kajian oleh University Temple, Amerika syarikat kepada 100 orang yang mengidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100 orang yang sihat. Hasil kajian mendapati jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua pesakit yang mengidap penyakit tersebut mengatakan bahawa menanagis adalah tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka. Manakala bagi mereka yang tidak mengidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah sesuatu yang semula jadi jika dilakukan pada waktu dan tujuan yang sesuai.

4.       Membebaskan Racun dari Badan

Arthur Frank, seorang ilmuwan Amerika berkata, “Oleh sebab air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari tubuh, maka menahan air mata bererti membiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara fitrahnya, perempuan lebih cenderung menangis berbanding lelaki, maka secara umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan membebaskan banyak tangisan dalam tubuh melalui tangisan”.

Saintis-sainits dan pakar mata berpendapat air mata mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikelurkan daripada tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada racun-racun tersebut.
                                    
5.     Air Mata mengandungi 25% Protein

Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada tubuh badan kita ketika menangis.

Hebatkan kuasa Allah? Hanya dengan tangisan,beberapa penyakit dapat dihindarkan..

Justeru, menangislah jika air mata sudah bertakung, jangan tegar memendamnya..namun, usah dilama-lama atau dipanjangkan masa tangismu itu. buatlah keputusan, lakukan perubahan, tekad dalam keyakinan, berserahlah pada Tuhan..

Menangislah kerana Allah,
Dari Dia segalanya datang, padaNya mohonlah kekuatan dan penyelesaian,
Carilah hikmah yang tersembunyi, dalam keredhaan..

January 8, 2011

Jangan sampai kemaafan -- sudah tidak punya erti.....

 Bismillahir rohmaanir rohiim

Temanku, kadangkala dalam sebuah diari persahabatan, ada juga sahabat yang selalu mengulangi kesalahan yang sama, sudah dipesan dan di ingatkan

“siti..siti janganla ulang cakap macam tu, saya tidak suka la”

“saya terasa la dengan ape yang awak buat tu, kenapa selalu buat benda yang sama”

Telahpun berjanji untuk tidak mengulangi, namun seringkali berulang juga

>Sabar

Berulang lagi

>Sabar

Dan lagi

>Sabar

Sahabat yang soleh adalah peka pada sesuatu  yang disukai dan dibenci, bermakna kita mungkin belum mencapai tahap soleh solehah yang sebenar jika kita terlibat dalam situasi di atas..

Sahabat yang soleh juga sentiasa bersedia untuk memaafkan kesalahan sahabatnya, kerana mungkin sahabatnya itu sedang belajar sesuatu dari ke’solehan’mu..

Sahabatmu  bukan hidup di gurun, atau di dalam gua, bermakna dia tidak hanya punyai kita sebagai sahabatnya..tetapi kita akan menyesal bila kehilangannya..

 Jangan sampai permohonan ‘maafmu’ –sudah tidak punya erti.......

……………………….
……………
……..

Seorang sahabat, kadangkala tersilap melakukan sesuatu tanpa disedari telah mengecewakan hati sahabatnya yang lain..realitinya, dia tidak berniat sebegitu, kerana sahabat yang baik akan sentiasa berusaha menyenangkan hati sahabatnya yang lain..

TETAPI, tanpa disangka... dia tersilap jua..

"Allah..tak sedar plak jadi gitu,ya Allah tak sangka pulak dia ‘ter’luka"

"isy, tak tau nak terang camane, x sangka la plak jadi camtu"

Maka, diusahakan berbagai cara untuk menjelaskan, panjang lebar satu persatu, hampir-hampir saja percakapannya seolah tidak bernafas, tercungap-tercungap, demi menjernihkan keadaan..

Dari sisi sahabatnya itu pula, kesalahan sahabatnya itu ibarat kesalahan yang tidak mungkin dimaafkan..aduhai kecewanya hati, malangnya punyai teman seperti dia..mulalah berfikir macam-macam dan akhirnya meluahkan kata yang tidak sepatutnya bagi menunjukkan kekecewaannya.. 
             
 ..Nastaghfirullah, jahilnya manusia, cepatnya menghukum..

‘apabila kau ingin bersahabat, janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau akan menjauhinya’

‘andai kau ingin bersahabat, janganlah kerana kebaikannya kerana dengan satu keburukan kau akan membencinya’

‘andai kau ingin bersahabat, janganlah kerana ilmunya kerapa apabila dia buntu kau akan memfitnahnya’

‘apabila kau ingin bersahabat, janganlah kerana sifat cerianya kerana andai ia tak pandai menghiburkanmu, maka kau akan menyalahkannya’

‘andai kau ingin bersahabat, TERIMALAH DIA SEADANYA dan seikhlas hatimu kerana dia juga manusia biasa sepertimu’

Yang Allah bekalkan kelebihan-kelebihan dan kekurangan tertentu bagi setiap hambaNya..

Mutiara kata di atas walau bukan kata-kata ulama’ mahupun para nabi, namun punyai suatu pengajaran yang cukup rapi, yang boleh diambil untuk direnungi, dan disematkan pada hati nurani..

Bukan disuruh memilih orang yang tidak punya kelebihan, tiada kebaikan, kurang ilmu mahupun tidak ceria, namun bukan itu pandangan sisimu yang utama..

Andai dia punyai beribu kelebihan, berjuta kebaikan, tinggi ilmu pengetahuan, sentiasa menggembirakan, namun dari pandangan sisimu yang lain..

Mengertilah…………

Dia juga insan yang  punyai kelemahan

Dia juga sedang menghadapi hidup yang sentiasa di uji Tuhan

Dia juga selalu redha dengan kesalahanmu

Dia juga tidak sempurna sepertimu

Sebuah persahabatan yang matang, tidak membalas kejahatan atas kejahatan,  disakiti hatimu maka kau sakitkan pula

Sebuah persahatan yang matang, dibalas kebudakan dengan kedewasaan

Sebuah persahabatan yang matang, ibarat baling batu dibalas buah

Hakikatnya

Sebuah persahabatan yang matang, ibarat daie dan mad’u (pendidik dan yang dididik)

Yang salah dibetulkan

Yang buruk dibaikkan

Yang elok diamalkan

Yang sama-sama mengingatkan
………………………………………………..
………………………………………
……………………………...
……………….
                                                                                            
‎...“Nikmat yang paling berharga selepas nikmat IMAN dan ISLAM... adalah memiliki SAHABAT yang soleh... Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh....”

~ Saidina Umar Al-Khattab...

(artikel di atas ingin mengajak pembaca untuk sama2 berfikir,salam muhasabah dan berubah! terutama pada diri penulis)