Jadilah
Pendengar yang hebat!
Perjalanan
sehari-hari di atas muka bumi ciptaan Allah ini kita namakan ‘KEHIDUPAN’. Ya, bila kita nyatakan ke’hidup’an bermakna
sesuatu benda yang akan sentiasa bergerak dan bergerak. Jika kita hanya duduk
sahaja atas kerusi atau hanya menongkat tangan pada meja atau tiba-tiba
berhenti ketika berjalan tanpa membuat apa-apa perbuatan lain, tetap dinamakan
ke’hidup’an, kerana jantung kita sentiasa berdegup dan masa tidak akan berhenti
sesaat cuma walau kita berdiam diri..Ini penafsiran kefahaman saya, tidak ada
dalam kamus dewan atau mana-mana akhbar atau majalah..
Terasa singkat
sahaja masa berlalu, baru semalam kaki ini melangkah ke negeri Kedah jelapang
padi yang indah permai dengan tarikan kehijauan sawah padinya yang menggamit
ketenangan jiwa.jiwang pulak.. Sekarang , dah nak exam final semester
ketiga saya berada di sini..cepat masa berlalu, namun jutaan peristiwa dan
kenangan ada pada iringan masa itu…ya, itulah hakikat kehidupan..Permulaannya
terasa panjang dan lelah.. Apabila mula melangkah terasa terlalu cepat…
Penat fokus
pada murajaah dan munaqasyah di hari-hari terakhir sebelum peperiksaan bermula,
terasa ingin mencoretkan sesuatu, saya pun tidak pasti ingin menulis tentang
apa..
Ada satu
artikel yang menarik untuk dikongsi pada bawah ini, hakikatnya semua ilmu dan
pengetahuan itu miliknya adalah Allah subhanahu wa taala..bukan ilmu tentang
fardhu ain , tapi ilmu tentang kehidupan..moga ada manfaat yang boleh diambil
bersama..perkongsian in dipetik dari majalah solusi, keluaran yang ke 26.
Artikel ini mengajar kita bagaimana menjadi seorang yang memahami...Salah satu kemahiran penting untuk mencipta persefahaman ialah kemahiran
mendengar..
1. BERHENTI BERCAKAP
Mulut dan telinga
tidak boleh bekerja serentak. Pilih sama ada kita ingin mendengar atau
bercakap. Setiap kali kita merasa hendak bercakap, tutup mulut rapat-rapat den
lemparkan senyuman kepada orang yang sedang bercakap dengan kita. Tangguhkan,
dan sampaikan kemudian nanti.
2. SELESA DAN BEBAS BERKATA-KATA
Buatkan orang
yang bercakap itu berasa selesa dan bebas untuk berkata-kata. Elakkan
perkataaan yang mengancam. Ini akan menyebabkannya berasa takut dan gusar.
Elakkan gerak badan yang menunjukkan kita bosan. Ini menyebabkan dia berasa
tidak dihargai.
3. TUNJUKKAN MINAT
Tunjukkan minat
kita untuk mendengar. Pandang ke arahnyadan tonjolkan keprihatinan anda. Jangan
sesekali mendengar sambil membaca surat khabar atau menaip SMS. Ia sungguh
memeritkan hati orang yag bercakap. Berhadapan dengannya secara tenang dan sepenuhnya.
Tunjukkan bahawa kita memang benar-benar
memberikan seratus-peratus perhatian kepadanya.
4. ELAKKAN SEMUA UNSUR GANGGUAN
Jangan asyik
menggoyang-goyangkan kunci, memusing-musingkan kunci kereta, mengetuk-ngetuk
meja, atau menekan-nekan telefon bimbit kesayangan kita. Tunjukkan bahawa kita
berusaha untuk mengelakkan sebarang gangguan dalam interaksi yang sedang
berlaku itu.
5. MENDENGARLAH SECARA EMPATI
Bayangkan kita
berada di tempat orang yang bercakap. Fahami situasi dan keadaannya. Kenal
pasti apakah emosi orang itu. Adakah dia sedang teruja? Gembira? Sedih? Keliru?
Kecewa? Tidak Pasti? Fokuskan kepada bahasa badan yang ditampilkan dan juga
mimik muka yang diserlahkan. Cubalah meneroka jauh ke dalam dirinya. Semakin
dalam perasaan yang kita terokai, semakin empati kita terhadapnya.
6. BERSABAR
Jangan terlalu
ghairah untuk bercakap sehingga memotong percakapan orang lain. Berikan masa
kepadanya untuk bercakap. Masa untuk kita pasti ada selepas itu. Jika ada
sesuatu yang tersangat penting dan segera, mintalah kebenarannya terlebih
dahulu. Namun, apa yang penting, belajar untuk menahan ‘nafsu bercakap’ apabila
mendengar orang lain bercakap.
7. KAWAL EMOSI DAN MARAH ANDA
Jika kita marah,
jangan banyak bercakap. Sebaliknya cuba bertanya soalan dan senyum. Rasa marah
hanya menjatuhkan maruah dan kredibiliti kita. Banyakkan istighfar dan
mengingati Allah jika terasa marah dan tidak selesa. Ingatlah Allah paling
hebat dan berkuasa. Segala kemuliaan adalah milik-Nya.
8. ELAKKAN PERBAHASAN DAN KRITIKAN YANG TIDAK PERLU
Elakkan
perbahasan dan kritikan yang tidak perlu. Ini hanya akan menyebabkan orang yang
bercakap mula menjadi defensif dan mempertahankan diri. Ingat, kalau kita
menang dalam perbahasan itu- anda sebenarnya telah kalah.
9. TANYA SOALAN DAN RENTETAN MAKLUMAT
Ini mendorong
keinginan untuk meluahkan lagi maklumat yang dia tahu. Apa yang lebih penting,
dia akan rasa benar-benar diberi tumpuan. Dengan kemahiran bertanyakan soalan,
kita boleh membuatkan orang yang bercakap berasa sungguh gembira dan mengagumi
kita.
10. MIMIK MUKA DAN ESPRESI
Belajarlah
bagaimana untuk mengawal mimik muka dan espresi kita dalam keadaan yang
berbeza. Kita boleh memandang cermin dan melakonkan perasaan kita.
11. INGAT
Cubalah ingat apa
yang diluahkannya. Walaupun ada kalanya, apa yang diluahkan oleh orang lain
bukanlah satu yang penting untuk di ingati, namun jika anda mampu mengingati
beberapa perkara tertentu, pasti dia akan mengangumi dan menghormati kita
nanti. Ia menunjukkan bahawa kita benar-benar mengiktiraf dan mengutamakan
dirinya.
Apa yang ingin
saya ulaskan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya. Perempuan selalu
ingin meluahkan masalah, tapi kadangkala dia tak tahu apa masalah dia yang
sebenarnya, mungkin terlalu banyak yang terpendam atau hanya sekadar ingin
didengari…bila dah terluah, alahai masalahnya kicik je..em, biasalah perempuan,
macam budak-budak, tapi tetap unik!
Selamat membaca!
('',)
Doakan saya dan
sahabat-sahabat sekampus bakal menempuh peperiksaan bermula esok hari…sebut nama
saya harapnya..terima kasih…