“Eh
kenape ni?? Kenape fathanah? Boleh x? boleh x?”.. saya risau dan panik..kereta
tiba-tiba berhenti di tengah jalan..
“ok,ok..start
balik, tenang..tenang..” sekadar mencerahkan suasana yang panik..
Enjin
dihidupkan semula, tapi…
“alamak!
Macam mane ni…x masuk gear la, banyak kali cuba ni”..isy..
sebagai
pembantu pemandu yang setia di sebelah, saya menolong sekadar mampu..gandingan
tenaga kami berdua akhirnya dapat juga menggerakkan gear kereta unser merah..
dengan lafaz Bismillahirrohmanirrohim..
..Fuuh,
Alhamdulillah…”agaknya xbaca bismillah kot tadi..”bisik hatiku..
..insiden..setelah
sejam perjalanan konvoi tiga buah kereta ke perak bagi memenuhi undangan
kenduri majlis perkahwinan sahabat seperjuangan se-DQ( Darul Quran) di Pantai Remis, Perak pada hari ini, sabtu (25/12/2010)..unser, avanza,vios
meluncur laju merentasi lebuhraya, masih berbaki lebih kurang 2 jam perjalanan
untuk tiba ke destinasi…
YaAllah,
selamatkanlah perjalanan kami…bisikan hati setiap ahli perjalanan ini…
‘penyakit’
unser itu berulang lagi, terutama apabila bertemu traffic light yang
‘merah’…kalau jumpa traffic light hijau, Alhamdulillah……..
Perjalanan seramai
21 orang puteri ilhamians bersama tiga buah kereta ibarat program semester plak,
mempertemukan semula ahli dari UIA, USIM-DQ, UKM dan KUIN..
Alhamdulillah, tanpa
dirancang pertemuan kali ini sungguh menyeronokkan, ibarat memahami kerinduan
yang lahir dari hati masing-masing.. pada DQ dan sahabat
seperjuangan..Alhamdulillah, terima kasih yaAllah, sungguh cantik pengaturanmu…
Bertemu d DQ
seawal 9 pagi, sambil menunggu ahli yang berbaki, yang sudi bermusafir bersama…
Hampir 10
pagi, bermula perjalanan kami, walau teralih sedikit perhatian kami pada
beberapa ujian yang menggugat emosi, perjalanan tetap kami selusuri…
Bila dah
lama x berjumpa, banyak benor cerita yang hendak di kongsi, ibarat x cukup
mulut sorang satu….politik, kampus, pengajian,masa depan dan macam2…ibarat jual
ikan di pasar..kadang masing2 sunyi menyepi..kehabisan idea barangkali..
Masuk
Negeri Perak
Pertengahan
perjalanan, bertemu lagi sebuah kereta…rupanya bilangan rombongan kami masih
berbaki, 4 orang banin ilham menanti…sebagai penunjuk arah destinasi…
Hampir jam 1
tengahari, Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah pengantin d iringi hujan
renyai-renyai...subhanallah, meriah sungguh..
Kebetulan setibanya
kami, pengantin sedang makan beradab…majlis barakah yang bertemakan warna merah
hitam itu walau sederhana tapi sangat meriah dan bermakna..bagi yang meraikan ,
lebih-lebih lagi yang diraikan…
Satu lagi
keunikan (bagi saya) pada majlis tersebut ialah pada pengantin perempuan yang
memakai purdah…simple, tapi penuh pengertian…subhanallah, saya berbangga kepada
k.sarah, tegar dan istiqamah…
Saya
memerhatikan suasana, khemah di pasang pada dua tempat, satu tempat di hadapan
rumah pengantin khusus untuk tetamu perempuan, satu tempat lagi seberang jalan
, x jauh…hanya sebatang jalan kampung yang memisah..khusus untuk tetamu lelaki…satu
suasana yang baik, tiada percampuran gender di situ..kebiasaannya, dalam
kenduri sebegitu, hanya tetamu perempuan sahaja yang bertemu pengantin, tetamu
lelaki, sebagai penceria suasana…
Tetamu yang
hadir, pada mulanya mungkin agak pelik dengan pakaian pengantin perempuan..ada
yang ter’kerut’ dahi, ade yang bertanya sesame sendiri, tapi, tiada pula
yang memerli..mungkin..sepanjang pengamatan sayalah dan sepanjang keberadaan
saya di situ..tidak keberatan untuk mereka menerima, lagipun x de menyusahkan
sesiapa..sesi bergambar pun ok je, berjalan seperti biasa…mungkin ade yang dah
niat untuk jejak langkah, barangkali...
Cuma, yang
agak pelik nya, mungkin kerana kami lah..bayangkan 21 puteri yang berjubah dan bertudung labuh, tiba2
masuk sekaligus ke dalam rumah pengantin, memenuhi suasana dalam rumah, ade
yang terus masuk ke bilik(saya lah kot) ruang tamu dah penuh, ape lagi, serbu
bilik pengantin…
Seketika selepas
itu, k.sarah masuk ke dalam rumah setelah selesai makan beradab di luar rumah,
puteri2 yang ramai ni terus menyerbu..kena beratur nak salam, sorang2…
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
‘baarakallu lakuma, wa baaroka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi
khair’..
(doa pengantin)
Tahniah buat kak sarah dan doktor muiz..semoga mahligai
bahagia kekal hingga ke syurga..ameeen..
Tergambar di
mata k.sarah , terharu dalam pilu menerima kehadiran kami yang x
dijangka, sanggup meredah jalanraya selama 3 jam untuk sampai ke terataknya…terharu
dengan kehadiran kami, ibarat satu penghargaan sebagai teman…pilu, bila
dah bergelar isteri, x mungkin lagi seerat dulu bersama teman..
..em, awat
ramai sangat nak p tengok pengantin ni? Ambik 'badi' ke??..isy, kebetulan jer,
masing-masing cuti kan..kemudian sesi bergambar ramai2, raja sehari bersama
permaisurinya bersama puteri-puteri solehah…usai kemudian, masing2 menjamu nasi
minyak yang disediakan…
“Jumpa raja
dan permaisuri pun sudah..makan pun sudah..ape lagi??? Boleh blah la”…kata
salah seorang sahabat..
Hampir jam 2
kami bertolak pulang, terasa kesayuan d hati…teman2 UKM mengakhiri konvoi kami
di situ..mereka akan bertolak pulang, melalui jalan yang berlainan..semoga
bertemu lagi, insyaAllah..
(ct hajar s,
ct hajar mn, tengku, fathanah, k.hafsah, k.aina, k.nazifah, asma, ‘adilah, ain,
rosha, suhaili, ct Fatimah, izah noraida, zaharah, masturah, aisyah d, k.azmah,
huda, k.shu, izah q, luqman, tajul, ellyen ukashah dan zulfadhli)
Yang tinggal
hanya penumpang unser dan vios, dari UIA, USIMDQ dan KUIN bertolak pulang ke destinasi
bersama…perjalanan pulang terasa cepat, sudah tahu arah yang hendak dituju,
kami singgah solat sebentar di sebuah surau usang sebelum meneruskan perjalanan
yang berbaki…
Ketika memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya unser merah
ber”penyakit” lagi.. sudah..sejuta tenaga saya dan driver memulas gear..eeyah, bismillah!!
tetapi cubaan kami gagal..
Kebetulan
sebuah keluarga baru tiba di surau itu sewaktu kami ingin pulang..mujur
Alhamdulillah diberikan pertolongan olehNya..pak cik itu menawarkan bantuan
untuk menghidupkan enjin…
perjalanan bermula..sedang teman2
saya melayan perasaan dengan hati yang berbunga-bunga,bak kata orang
“dalam hati ada taman”…
Tiba2 ade seorang teman teringatkan
seseorang…sahabat DQ kami yang juga menetap
di kawasan Perak..sepakat bersama untuk pergi melawat beliau, destinasi
seterusnya di ubah…Tapah…
Hampir jam 6
petang, kami tiba di rumahnya..seorang sahabat seperjuangan yang baru 2 minggu
bergelar ‘ibu’..alhamdulillah..’asim nama puteranya..moga
menjadi anak yang soleh dan boleh menjejak langkah imam qiraat iaitu imam ‘asim.,
insyaAllah…
selamat
sudah sorang….(‘’,).
seterusnya,
perjalanan perlu diteruskan lagi ke Kuala Lumpur…’penyakit’ unser makin
teruk..Allah, risau…
Tanjung
malim
‘’isy2,
beratnya gear ni, kenape x masuk ni” kata kak hafsah..
untuk
kesekian kali, kudrat saya digunakan untuk menarik gear yang ketat itu..Allahuakbar!!..
Ahli di
dalam kereta memberi sokongan dan semangat..namunn..tidak berjaya..suasana di
dalam kereta menjadi kalut kerana di hon oleh kereta belakang buat kali berapa
xtahu..”adehh”..kami mengeluh..
Unser merah
kami kini berada di tengah2 alam jalan..di depan tol, di belakang sudah berderet
kereta2 menunggu giliran.. "Allahuakbar"
mulut kami tidak berhenti dari kalimah itu..emmm malu pon ade mane taknye semua
makhluk di situ memandang kereta kami seolah2 seperti alien jatuh ke
bumi..malu..
…situasi panic di tol tanjung malim…
…Allah…out
of service…
Akhirnya,
Alhamdulillah Allah wasilahkan dua orang pakcik yang baik hati sudi menolak
kereta kami dan melepasi tol ke tepi jalan yang berdekatan… ramai yang melihat
gelagat kami, ade yang tergelak, ade yang sekadar melihat, ade yang macam nak
tolong tapi taknak tolong.. bayangkan ramai puteri duk berjalan di tepi jalan
beramai2…melepasi tol…
Perjalanan terhenti
di situ, jam menunjukkan 7.15 malam..
Sedikit perbincangan
kami, kata sepakat di ambil, kami solat jama’ dahulu , tinggal beberapa orang
jaga kereta…Alhamdulillah , cantik lagi perancangan Allah, kereta rosak dekat
dengan tol, ade tandas dan surau..orang pun ramai..diselangi sekumpulan kicauan
burung yang ramai seolah2 berzikir panjang dan ingin memberitahu kami apa
hikmah di sebaliknya..redha..
Telefon orang
tu, telefon orang ni, bincang begitu , bincang begini.. orang ni nak tolong,
orang ni taknak tolong..k.nazifah paling sibuk tika ini..
..selesai
solat maghrib..
Keputusan di
ambil, hantar teman USIM-DQ ke kampus mereka dahulu seramai 5 orang, dengan vios…selebihnya
tunggu di situ(termasuk saya) , menanti bantuan yang bakal tiba, mungkin kami
terus ke UIA atau singgah d DQ, masih dalam pertimbangan, bergantung pada
keadaan..vios akan kembali semula ke situ usai menghantar teman ke DQ dalam
masa 20minit..rush sungguh fathanah kali ni..
Tunggu punya
tunggu hampir 3 jam…ye lah, bantuan datang pun dengan kereta…jauh, bukan dengan
pintu doraemon..jadi lama juga masa yang di ambil…
Macam2 juga
yang dilalui, ade lori penarik kereta kononnya datang untuk membantu, isy kami
perempuan, kalau kena tipu pun kami x tahu, ade beberapa orang India datang dan
macam2 lagilah..menakutkan juga..
Alhamdulillah,
Allah tempat pergantungan kami dan kami pun tidak berpecah..bimbang jadi ape2,
walau ramai plak nyamuk dan kerengga ber’kampung’ di situ…
Kejap dok
dalam kereta, kejap dok atas rumput,kejap dok tepi longkang..Allah gelisah
sungguh sahabat2 saya..ada yang tension sehingga melakukan ibadah tidur..
”pokok2,semut2
sekalian,rumput2 doakanla kami sampai DQ cepat..tolonglaaa doa untuk kami ye”..kata
sahabatku yang agak tidak stabil ketika itu..lucu pon ada..
Hampir jam
11 malam, kereta bantuan tiba….p.cik joe dan kawan se’prebet’ yang datang ambik
kami bersama, ke DQ..semua dah terlalu letih…hampir jam 12 malam semua selamat
tiba d DQ, unser masuk workshop..
Terima kasih
kepada p.cik joe dan kawannya yang mudah memberi pertolongan..semoga Allah
memberkati kehidupan kalian..
Dapat juga
kami berkumpul lagi d DQ semalaman…rezeki kami…Alhamdulillah, kenangan manis
bagi kami…kenangan dalam ukhuwwah kami, musafir kasih ini sungguh memberi erti…
..‘tidak
Allah jadikan sesuatu melainkan terkandung hikmah padanya"..
~ Dalam melakukan
sesuatu perkara baik pun tidak semua Allah mudahkan, diletakkan beberapa
rintangan, sebagai menguji keimanan dan keikhlasan hati…dan bagaimana tawakkal kita pada-Nya
' apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak di uji? (al-'Ankabut:2)
~Di dalam ape2 keadaan, bermesyuarat dan kata sepakat itu perlu
mafhum dari sepotong hadis ' orang yang bermesyuarat itu adalah orang yang beriman'
~ Tidak
semua kenangan itu adalah manis, tapi sesuatu kenangan yang berharga itu manis untuk dikenang
~berlapang dada adalah selemah-lemah tingkatan ukhuwwah
~ Pengalaman
hidup mengolah kematangan dalam diri
~ Ujian itu
indah bila rasa kebergantungan pada-Nya
~ Sediakan payung
sebelum hujan
…Musafir kasih
mencari redha ilahi…

>