January 8, 2011

Jangan sampai kemaafan -- sudah tidak punya erti.....

 Bismillahir rohmaanir rohiim

Temanku, kadangkala dalam sebuah diari persahabatan, ada juga sahabat yang selalu mengulangi kesalahan yang sama, sudah dipesan dan di ingatkan

“siti..siti janganla ulang cakap macam tu, saya tidak suka la”

“saya terasa la dengan ape yang awak buat tu, kenapa selalu buat benda yang sama”

Telahpun berjanji untuk tidak mengulangi, namun seringkali berulang juga

>Sabar

Berulang lagi

>Sabar

Dan lagi

>Sabar

Sahabat yang soleh adalah peka pada sesuatu  yang disukai dan dibenci, bermakna kita mungkin belum mencapai tahap soleh solehah yang sebenar jika kita terlibat dalam situasi di atas..

Sahabat yang soleh juga sentiasa bersedia untuk memaafkan kesalahan sahabatnya, kerana mungkin sahabatnya itu sedang belajar sesuatu dari ke’solehan’mu..

Sahabatmu  bukan hidup di gurun, atau di dalam gua, bermakna dia tidak hanya punyai kita sebagai sahabatnya..tetapi kita akan menyesal bila kehilangannya..

 Jangan sampai permohonan ‘maafmu’ –sudah tidak punya erti.......

……………………….
……………
……..

Seorang sahabat, kadangkala tersilap melakukan sesuatu tanpa disedari telah mengecewakan hati sahabatnya yang lain..realitinya, dia tidak berniat sebegitu, kerana sahabat yang baik akan sentiasa berusaha menyenangkan hati sahabatnya yang lain..

TETAPI, tanpa disangka... dia tersilap jua..

"Allah..tak sedar plak jadi gitu,ya Allah tak sangka pulak dia ‘ter’luka"

"isy, tak tau nak terang camane, x sangka la plak jadi camtu"

Maka, diusahakan berbagai cara untuk menjelaskan, panjang lebar satu persatu, hampir-hampir saja percakapannya seolah tidak bernafas, tercungap-tercungap, demi menjernihkan keadaan..

Dari sisi sahabatnya itu pula, kesalahan sahabatnya itu ibarat kesalahan yang tidak mungkin dimaafkan..aduhai kecewanya hati, malangnya punyai teman seperti dia..mulalah berfikir macam-macam dan akhirnya meluahkan kata yang tidak sepatutnya bagi menunjukkan kekecewaannya.. 
             
 ..Nastaghfirullah, jahilnya manusia, cepatnya menghukum..

‘apabila kau ingin bersahabat, janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau akan menjauhinya’

‘andai kau ingin bersahabat, janganlah kerana kebaikannya kerana dengan satu keburukan kau akan membencinya’

‘andai kau ingin bersahabat, janganlah kerana ilmunya kerapa apabila dia buntu kau akan memfitnahnya’

‘apabila kau ingin bersahabat, janganlah kerana sifat cerianya kerana andai ia tak pandai menghiburkanmu, maka kau akan menyalahkannya’

‘andai kau ingin bersahabat, TERIMALAH DIA SEADANYA dan seikhlas hatimu kerana dia juga manusia biasa sepertimu’

Yang Allah bekalkan kelebihan-kelebihan dan kekurangan tertentu bagi setiap hambaNya..

Mutiara kata di atas walau bukan kata-kata ulama’ mahupun para nabi, namun punyai suatu pengajaran yang cukup rapi, yang boleh diambil untuk direnungi, dan disematkan pada hati nurani..

Bukan disuruh memilih orang yang tidak punya kelebihan, tiada kebaikan, kurang ilmu mahupun tidak ceria, namun bukan itu pandangan sisimu yang utama..

Andai dia punyai beribu kelebihan, berjuta kebaikan, tinggi ilmu pengetahuan, sentiasa menggembirakan, namun dari pandangan sisimu yang lain..

Mengertilah…………

Dia juga insan yang  punyai kelemahan

Dia juga sedang menghadapi hidup yang sentiasa di uji Tuhan

Dia juga selalu redha dengan kesalahanmu

Dia juga tidak sempurna sepertimu

Sebuah persahabatan yang matang, tidak membalas kejahatan atas kejahatan,  disakiti hatimu maka kau sakitkan pula

Sebuah persahatan yang matang, dibalas kebudakan dengan kedewasaan

Sebuah persahabatan yang matang, ibarat baling batu dibalas buah

Hakikatnya

Sebuah persahabatan yang matang, ibarat daie dan mad’u (pendidik dan yang dididik)

Yang salah dibetulkan

Yang buruk dibaikkan

Yang elok diamalkan

Yang sama-sama mengingatkan
………………………………………………..
………………………………………
……………………………...
……………….
                                                                                            
‎...“Nikmat yang paling berharga selepas nikmat IMAN dan ISLAM... adalah memiliki SAHABAT yang soleh... Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh....”

~ Saidina Umar Al-Khattab...

(artikel di atas ingin mengajak pembaca untuk sama2 berfikir,salam muhasabah dan berubah! terutama pada diri penulis)

>

January 7, 2011

Kebahagiaan itu..

Untuk apa menampar pipi, menghantuk dahi, mengoyak baju kerana kehilangan apa yang dicintai?

 Untuk apa mengingat-ingat, mengenangkan peristiwa lalu yang hanya menambah kesedihan dan kedukaan?

Sesungguhnya kita tidak mungkin mengubah sesuatu yang telah berlaku pada masa dahulu, apatah lagi kembali ke masa dahulu, walau sesaat lepas. Kalau lah kita diberi peluang untuk kembali ke masa lalu, tentu sekali kita akan berebut-rebut untuk kembali ke masa itu walau terpaksa berbayar ribuan ringgit..ye, kita mungkin akan sanggup. Untuk apa?

Untuk mengubah perkara yang berlaku agar menjadi lebih baik,

Untuk mengubah kejahatan kepada kebaikan,

Atau menghilangkan sesuatu yang berlaku seolah tidak pernah berlaku..

Temanku, sesungguhnya ‘kalau’ itu amat mustahil sekali..

Saya juga pernah mengalami  begitu, orang lain juga mungkin begitu..pernah seorang sahabat saya mengungkapkan di waktu saya kegelisahan

‘setiap orang akan ada zaman kegelapan masing-masing, jatuh bangunnya dalam hidup ini, atau sesuatu yang dirasakan amat perit kenapa ia berlaku, TETAPI, sesungguhnya kita tidak punyai masa untuk menderita atas kebahagiaan orang lain, kita tidak patut peruntukkan satu masa yang panjang untuk merenung dan mengenang sesuatu yang telah berlaku..belajarlah dari kesilapan itu, kemudian usahakan dari tidak mengulangi kesalahan yang sama sementelah kita mengambil pengajaran darinya’

Justeru, amatlah berharga kita menumpukan kemampuan kita untuk menghadapi kehidupan pada hari ini dan seterusnya ‘ semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah impian.’ namun, perlu di ingat

‘berfikir tentang kebahagiaan bereti berfikir tentang ape yang berlaku sebelumnya dan apa yang berlaku selepasnya. Terkadang, berfikir terlalu jauh boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri’.*

Mulalah dari langkahan pertama, selangkah demi selangkah..

Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam bunga mawar. Sebaik ditanam tidak terus berputik, tetapi biarlah ia tumbuh dan membesar terlebih dahulu’*

Kebahagiaan itu bukan sepenuhnya dinilai bersama siapa kita akan bahagia. Sandarkan pengharapan dan pergantungan hanya pada Allah, pada Dia ada bahagia (namun,jangan lupa di iringi usaha)..Manusia datang dan pergi, Allah adalah dulu, kini dan selama-lamanya.

Kebahagiaan itu bukanlah ditentukan oleh orang lain, tetapi carilah dalam dirimu yang paling dalam..

‘ kemudian apabila engkau telah berazam untuk berbuat sesuatu, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengasihi hamba yang bertawakkal kepada-Nya’ 
(surah al-Imran : 159)’

Sesungguhnya tiada yang lebih memahami diri kita kecuali Allah..

dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka), sesungguhnya aku(Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang  permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku.Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul’..(surah al-baqarah: 186)

 Bahagia itu tidak selamanya

Sengsara itu tidak kekal

Dalam hidup itu sentiasa punya prinsip ‘sesuatu yang datang dan pergi’
                                                       ( pertemuan dan perpisahan)

Hidup hanya sementara

Dia adalah segalanya

*dua kata2 ini dipetik dari buku motivasi menjadi wanita paling bahagia,Dr. Aidh Abdullah al-Qarni  