Bismillahir rohmaanir rohiim
Temanku, kadangkala
dalam sebuah diari persahabatan, ada juga sahabat yang selalu mengulangi kesalahan
yang sama, sudah dipesan dan di ingatkan
“siti..siti
janganla ulang cakap macam tu, saya tidak suka la”
“saya
terasa la dengan ape yang awak buat tu, kenapa selalu buat benda yang sama”
Telahpun berjanji untuk
tidak mengulangi, namun seringkali berulang juga
>Sabar
Berulang lagi
>Sabar
Dan lagi
>Sabar
Sahabat yang soleh
adalah peka pada sesuatu yang disukai
dan dibenci, bermakna kita mungkin belum mencapai tahap soleh solehah yang
sebenar jika kita terlibat dalam situasi di atas..
Sahabat yang soleh juga
sentiasa bersedia untuk memaafkan kesalahan sahabatnya, kerana mungkin
sahabatnya itu sedang belajar sesuatu dari ke’solehan’mu..
Sahabatmu bukan hidup di gurun, atau di dalam gua, bermakna
dia tidak hanya punyai kita sebagai sahabatnya..tetapi kita akan menyesal bila
kehilangannya..
Jangan sampai permohonan ‘maafmu’ –sudah tidak punya erti.......

……………………….
……………
……..
Seorang sahabat,
kadangkala tersilap melakukan sesuatu tanpa disedari telah mengecewakan hati
sahabatnya yang lain..realitinya, dia tidak berniat sebegitu, kerana sahabat
yang baik akan sentiasa berusaha menyenangkan hati sahabatnya yang lain..
TETAPI, tanpa disangka... dia
tersilap jua..
"Allah..tak
sedar plak jadi gitu,ya Allah tak sangka pulak dia ‘ter’luka"
"isy, tak
tau nak terang camane, x sangka la plak jadi camtu"
Maka, diusahakan
berbagai cara untuk menjelaskan, panjang lebar satu persatu, hampir-hampir saja
percakapannya seolah tidak bernafas, tercungap-tercungap, demi menjernihkan
keadaan..
Dari sisi sahabatnya
itu pula, kesalahan sahabatnya itu ibarat kesalahan yang tidak mungkin
dimaafkan..aduhai kecewanya hati, malangnya punyai teman seperti dia..mulalah
berfikir macam-macam dan akhirnya meluahkan kata yang tidak sepatutnya bagi
menunjukkan kekecewaannya..
..Nastaghfirullah, jahilnya manusia, cepatnya
menghukum..
‘apabila
kau ingin bersahabat, janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin
dengan satu kelemahan, kau akan menjauhinya’
‘andai
kau ingin bersahabat, janganlah kerana kebaikannya kerana dengan satu
keburukan kau akan membencinya’
‘andai
kau ingin bersahabat, janganlah kerana ilmunya kerapa apabila dia buntu
kau akan memfitnahnya’
‘apabila
kau ingin bersahabat, janganlah kerana sifat cerianya kerana andai ia
tak pandai menghiburkanmu, maka kau akan menyalahkannya’
‘andai
kau ingin bersahabat, TERIMALAH DIA SEADANYA dan seikhlas hatimu kerana
dia juga manusia biasa sepertimu’
Yang
Allah bekalkan kelebihan-kelebihan dan kekurangan tertentu bagi setiap
hambaNya..
Mutiara kata di atas
walau bukan kata-kata ulama’ mahupun para nabi, namun punyai suatu pengajaran
yang cukup rapi, yang boleh diambil untuk direnungi, dan disematkan pada hati
nurani..
Bukan disuruh memilih
orang yang tidak punya kelebihan, tiada kebaikan, kurang ilmu mahupun tidak
ceria, namun bukan itu pandangan sisimu yang utama..
Andai dia punyai beribu
kelebihan, berjuta kebaikan, tinggi ilmu pengetahuan, sentiasa menggembirakan,
namun dari pandangan sisimu yang lain..
Mengertilah…………
Dia juga
insan yang punyai kelemahan
Dia juga
sedang menghadapi hidup yang sentiasa di uji Tuhan
Dia juga
selalu redha dengan kesalahanmu
Dia juga
tidak sempurna sepertimu
Sebuah persahabatan
yang matang, tidak membalas kejahatan atas kejahatan, disakiti hatimu maka kau sakitkan pula
Sebuah persahatan yang
matang, dibalas kebudakan dengan kedewasaan
Sebuah persahabatan yang
matang, ibarat baling batu dibalas buah
Hakikatnya
Sebuah persahabatan
yang matang, ibarat daie dan mad’u (pendidik dan yang dididik)
Yang
salah dibetulkan
Yang
buruk dibaikkan
Yang elok
diamalkan
Yang
sama-sama mengingatkan
………………………………………………..
………………………………………
……………………………...
……………….
...“Nikmat yang paling berharga selepas nikmat IMAN dan ISLAM... adalah memiliki SAHABAT yang soleh... Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh....”
~ Saidina Umar Al-Khattab...
(artikel di atas ingin mengajak pembaca untuk sama2 berfikir,salam
muhasabah dan berubah! terutama pada diri penulis)

>