Bismillahirrohmaanirrohiim
Kebelakangan ini, saya kerapkali
dihubungi atau juga boleh dikatakan dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang meluahkan
kesedihan dan tangisan..pelbagai berita jua cerita yang menyentap, mengejut dan
menyentuh naluri insani saya,ade yang
~
putus tunang
~
dihalang untuk berkahwin, walhal sudah lama bertunang
~
masalah keluarga
~
luahan hati seorang ibu yang dicintai
~
luahan masalah seorang adik
~
sahabat yang sebak dalam kalam bicara, tak mampu diluahkan dek masalah yang
memberat dalam hati, hanya suara sebak berbunyi lemah di corong telefon
~
atau, paling kurang, SMS ringkas berbaur permintaan doa
Ape yang mampu saya lakukan,
sedaya kudrat saya lunaskan.menjadi pendengar
setia, juga sedikit nasihat mutiara kata, agar tidak lupa pada Dia yang
tercinta, juga rangkapan untaian doa..
Saya sebak sendiri, memikirkan
teman-teman , juga memikirkan masalah sendiri yang dihadapi, yang kadang entah
siapa mahu dikongsi, ingin memberitahu saya juga punyai masalah yang menekan
dalam hati, tak tergamak rasanya.terpengaruh dengan emosi teman dan diri , akhirnya
kalah dalam tangisan sendiri..namun, subhanallah, nikmatnya sebuah tangisan..
Justeru,
ape yang ingin saya kongsikan di
sini adalah berkaitan HIKMAH
MENANGIS DARI SUDUT PERUBATAN, jom kita selami hikmahnya..
1. Menyahkan Zat Berbahaya dari Tubuh Badan
Menangis merupakan kaedah semula jadi untuk mengeluarkan
zat-zat kimia yang berbahaya daripada tubuh manusia. Zat-zat kimia ini
dihasilkan oleh tubuh ketika dalam ketakutan.
2. Meningkatkan Kadar Degupan Jantung
Menangis boleh meningkatkan kadar degupan jantung dan
dianggap sebagai latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan
kedua-dua belah bahu. Selepas menangis, kadar degupan jantung kembali perlahan
sehingga menimbulkan perasaan yang sangat tenang.
3. Menghalang Penyakit
Satu kajian oleh University Temple, Amerika syarikat kepada
100 orang yang mengidap penyakit radang usus besar dan luka pada perut dan 100
orang yang sihat. Hasil kajian
mendapati jawapan yang agak mengejutkan. Hampir semua
pesakit yang mengidap penyakit tersebut mengatakan bahawa menanagis adalah
tanda lemahnya peribadi, maka mereka memilih untuk memendam rasa hati mereka.
Manakala bagi mereka yang tidak mengidap sebarang penyakit mengatakan menangis adalah
sesuatu yang semula jadi jika dilakukan pada waktu dan tujuan yang
sesuai.
4. Membebaskan Racun dari Badan
Arthur Frank, seorang ilmuwan Amerika berkata, “Oleh sebab
air mata berfungsi mengeluarkan unsur-unsur beracun dari tubuh, maka menahan
air mata bererti membiarkan tumbuhnya racun secara perlahan-lahan. Secara
fitrahnya, perempuan lebih cenderung menangis berbanding lelaki, maka secara
umumnya usia hidup mereka lebih panjang berbanding usia lelaki kerana perempuan
membebaskan banyak tangisan dalam tubuh melalui tangisan”.
Saintis-sainits dan pakar mata berpendapat air mata
mengandungi sejumlah peratusan racun tertentu yang hanya dapat dikelurkan daripada
tubuh melalui tangisan. Ini menjadikan orang yang menangis bebas daripada
racun-racun tersebut.
5. Air Mata mengandungi 25% Protein
Kajian-kajian yang dijalankan oleh para saintis
membuktikan bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian daripada
zat terutamanya magnesium. Ini adalah unsur yang tidak seimbang dan boleh
menjadi racun kepada manusia. Ianya dapat dibebaskan daripada tubuh badan kita
ketika menangis.
Hebatkan kuasa Allah? Hanya dengan
tangisan,beberapa penyakit dapat dihindarkan..
Justeru,
menangislah jika air mata sudah bertakung, jangan tegar memendamnya..namun,
usah dilama-lama atau dipanjangkan masa tangismu itu. buatlah keputusan,
lakukan perubahan, tekad dalam keyakinan, berserahlah pada Tuhan..
Menangislah
kerana Allah,
Dari Dia
segalanya datang, padaNya mohonlah kekuatan dan penyelesaian,
Carilah hikmah
yang tersembunyi, dalam keredhaan..